Followers

Sunday, January 30, 2011

Surah Al-Kahfi Merungkai Tentang Dajjal



Asal Surah al-Kahfi ini diturunkan adalah untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh pendeta-pendeta Yahudi.Ini berpunca apabila pihak kafir Quraisy mengutuskan An-Nadr bin al-Harith dan ‘Uqbah bin Abin Mu ‘it untuk menemui pendeta-pendeta Yahudi di Madinah bagi menanyakan perihal Nabi Muhammad dan ajarannya. Pihak Quraisy melakukan tindakan ini kerana menganggap pendeta Yahudi memang arif tentang hal-hal kenabian. Mereka menemui dan menceritakan perihal Nabi Muhammad, maka pendeta itu mengatakan sekiranya Nabi Muhammad dapat menjawab tentang Ashabul Kahfi, Zulqarnain dan roh bermakna baginda memang utusan Allah dan jika sebaliknya, maka baginda seorang penipu.

Sabda Nabi:
“Barangsiapa yang ingat (serta membaca) sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi adalah dia akan dipeliharakan dari fitnah Dajjal.” (Hadis riwayat Muslim)

Setiap kisah dalam al-Quran sebenarnya adalah kisah-kisah yang akan berulang pada setiap zaman dan keadaan. Kisah Firaun bukanlah cerita mengenai batang tubuh dan kejahatan yang beliau lakukan semata, tetapi kisah mengenai akan ada pada setiap zaman para pemerintah yang mahu dirinya disembah bagaikan Tuhan. Kisah Ashabul Kahfi bukanlah sekadar mengenai kisah para pemuda yang tidur 300 tahun dalam sebuah Gua, tetapi ia adalah kisah mengenai keperluan pemuda uzlah dari jahiliyyah yang akan sentiasa berulang pada setiap zaman. Kisah Zulkarnain bukanlah sekadar mengenai kekuasaannya, tetapi kisah mengenai setiap zaman akan ada pemerintah yang soleh dan kembalinya bumi Allah di bawah warisan hamba-hambaNya yang soleh...” - Syekh Sya'rawi
Kata-kata Syeikh Sya’rawi tentang isi yang tersembunyi dalam kisah-kisah Surah al-Kahfi yang mencerita kisah Dajjal. Sebenarnya kisah-kisah dalam Surah al-Kahfi yang terlalu sukar diterima secara logik oleh sesetengah kaum Yahudi sendiri...

Kisah Raja Zulkarnain.


Tembok Zulqarnain @ Tembok Derbent


Zulqarnain adalah Raja Kurush ( 576BC - 530BC ) atau dikenali sebagai Cyrus The Great. Baginda dipercayai raja yang menganut agama Samawi iaitu agama Zarathustra yang merupakan salah satu agama Samawi selain Islam, Kristian, dan Yahudi. Agama ini dibawa oleh Nabi Zarasthustra. Mungkin pembaca tidak pernah mendengar agama ini. Kalau penulis memberitahu agama ini terpesong daripada ajaran sebenar seperti agama langit yang lain (kecuali Islam) dan sekarang lebih dikenali agama Majusi/Zoroaster. Contohnya, Kristian terpesong kerana berpegang dengan konsep Trinity tetapi agama ini terpesong kerana menukar daripada kepercayaan tauhid iaitu mengabdikan diri tuhan yang dikenali Ahura Mazda( dikenali Allah bagi agama Islam dan dikenali Elohim oleh kaum Yahudi) kepada penyembahan api yang menjadi simbol penyatuan agama mereka.

Selepas baginda berjaya menawan kerajaan Babylon tanpa pertumpahan darah, baginda pun membebaskan semua orang Yahudi yang diambil sebagai hamba abdi semenjak zaman pemerintahan Raja Bukhtanasar supaya kembali ke tanah air mereka dan masa inilah Uzair ditidurkan selama seratus tahun dan dibangkitkan semula selepas mereka kembali ke tanah air. Mungkin kaum Yahudi terlalu menghormati Raja Kurush yang digelar sebagai Zulqarnain (yang bertanduk dua) sehingga mereka turut menanyakan perihal raja Zulqarnain kepada Nabi Muhammad S.A.W. .

Salah satu kelebihan yang Allah berikan kepada Raja Zulqarnain ialah diberi pilihan samada melakukan perbuatan yang dibolehkan (mengazabkan/memerangi musuh ) ataupun perbuatan yang digalakkan (berbuat baik kepada musuh). Zulqarnain pula memilih perdamaian dan bermaafan (perkara yang digalakkan) berbanding memerangi musuh (perkara yang dibolehkan). Ketahuilah bahawa Allah turut memberi peluang tersebut kepada tersebut kepada kita. Contohnya, pertelingkahan antara Syiah dan Sunni di Iraq sudah berlarutan selama lebih kurang 1400 tahun lamanya. Banyak sebab yang menyumbangkan ke arah berlakunya permasalahan yang rumit ini sejak sekian lama. BELUM PERNAH SETAKAT INI SAYA MENDENGAR PERKATAAN ATAU MENYEBUT MENGENAI PERDAMAIAN DAN KEMAAFAN. Mereka lebih suka melakukan pendekatan membalas dendam. Contohnya, apabila Syiah bunuh Sunni, maka Sunni membalasnya dengan pembunuhan. Kemudian, Syiah membalasnya dengan cara yang sama. Persoalannya, sampai bila kita harus bergaduh dan membunuh sesama sendiri? Mana moralnya kalau masjid yang dikatakan tempat suci dijadikan sasaran mereka? (mungkin Freemason dalang pertelingkahan yang berlaku? Kalau ya, kenapa kita mensasarkan serangan balas ke arah Syiah/Sunni ?)

Dalam masalah yang berlaku antara sesama kita, apakah yang patut kita pilih? Kemaafan (perkara yang digalakkan) atau membalas perbuatan tersebut?

Kita kembali semula topik perbincangan kita dengan merujuk kembali kata-kata Syeikh Sya’rawi: “Kisah Zulkarnain bukanlah sekadar mengenai kekuasaannya, tetapi kisah mengenai setiap zaman akan ada pemerintah yang soleh dan kembalinya bumi Allah di bawah warisan hamba-hambaNya yang soleh...”

Pemerintah yang soleh? Siapakah dia? Tentulah seperti yang dijanjikan menurut sabda Junjungan Mulia, Muhammad S.A.W. iaitu Imam Muhammad al-Mahdi! Raja Zulqarnain memerintah kerajaan yang besar. Begitu juga dengan Imam al-Mahdi yang menjadi pembantu Nabi Isa a.s. yang menentang musuh yang bakal tiba, Dajjal!!!

Ashabul Kahfi


Pemuda al-Kahfi? Bukankah Nabi S.A.W pernah bersabda:
Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.

Apakah yang dimaksudkan dengan ahli (Ashabul) Kahfi? Mereka yang diceritakan dalam al-Quran? Mungkinkah ia bermaksud pemuda-pemuda yang soleh seperti Ashabul Kahfi menyertai tentera Allah, Tentera Panji Hitam Dari Ufuk Timur?


Namun, apa yang pasti kisah yang diceritakan dalam al-Quran bakal berulang kembali. Menurut Syeikh Uthman Jalaluddin yang bertajuk Alamat Kiamat, terjemahan dan huraian dari kitab berbahasa Arab yang berjudul Ad-Durrah an-Nafi� �ah fi Asyrath as-Sa’ah. Beliau menyebut perarakan raksasa yang diatur oleh Dajjal akan berlaku seperti dalam perarakan raksasa yang berlaku dalam kisah Ashabul Kahfi. Tindakan Dajjal mengumpulkan seluruh manusia di dalam satu perhimpunan raksasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan menyamai insiden yang berlaku majlis perhimpunan Raja Diqyanus yang zalim. Gendang perarakan gergasi (mungkin seperti pancaragam) ini telah mula dipalu dan dimomokkan ke dalam lagu!


Lagu kumpulan My Chemical Romance iaitu The Black Parade (Perarakan Hitam) mengisahkan perhimpunan yang bakal berlaku.

Perhatikan keratan lirik ini:
--------------------------------------------------
When I was a young boy
My father took me into the city
To see a marching band
He said
“Son when you grow up
Would you be savior
Of the broken?
The Beaten and the damned?”
He said
“Will you defeat them?
Your demons
And all the non-believers
The plans that they have made?”
Because one day, I leave you
A phantom
To lead you in the summer
To join the black parade.”
Sometimes I get the feeling
He’s watching over me
And other times
I feel like I should go
When through it all
The rise and fall
The bodies in the streets
And when you all to know
We’ll carry on, We’ll carry on
Though you’re dead and gone
Believe me
Your memory will carry on
Will carry on,
-----------------------------------------

Maksudnya:
Ketika aku masih remaja
Bapaku membawa aku ke pekan
Menyaksikan perarakan pancaragam
Dia berkata
“Anakku, apabila engkau dewasa
Sanggupkah engkau menjadi penyelamat
Yang kalah dan yang dilaknat?
Dia berkata
“Akankah kau mengalahkan mereka,
Syaitanmu
Dan mereka yang tidak beragama
Rancangan yang sudah diatur?
“Kerna satu hari nanti
Aku meninggalkan engkau
Di bawah kepimpinan
Pada musim panas nanti
Untuk menyertai perarakan hitam
Kadang-kadang aku rasakan
Dia memerhatikanku
Dan pada ketika lain
Aku meraskan aku harus pergi
Apabila melalui semua ini
Jatuh dan bangun
Tubuh-tubuh di jalanan
Dan walupun kau telah pergi
Kami mahu kau tahu
Kami tetap akan meneruskan
Walaupun kau sudah tiada lagi
Percaralah
Memori ini akan diteruskan
Akan diteruskan…

Seperti sabda Rasulullah:
Tempat berhentinya (berkumpulnya) Dajjal di tanah berair. Kaum yang paling banyak menyertainya adalah wanita sehingga seorang lelaki kembali kepada isterinya, ibunya, anak perempuannya dan ibu saudaranya, lalu mereka mengikutinya dengan tali kerana takut mereka akan keluar mengikuti Dajjal…

“Sesungguhnya Dajjal itu berada di bumi selama 40 pagi di mana dia akan tiba pada setiap sumber air tetapi tidaklah dia dapat menghampiri 4 buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabi, Masjid At-Thur dan Masjidil Aqsa.”
(Riwayat Imam Ahmad. Sahih rujuk Fath Ar-Rabbani 24:26)

Apa yang saya cuba kaitkan dengan Dajjal? Perhatikan betul-betul setiap ayat di bawah…

Keratan artikel dalam majalah Reader’s Digest memberitahu kita bahawa :

The researcher in the United States revealed equally elaborate networks of straight lines joining rock formations, Indian artifacts and solitary standing stones clearly put in place by human beings and correspondence to blind springs also emerged… Dowsers supported by geologist found that both leys and ancient sites coincided with ‘blind spring’ where water wells up but not break the surface.

Mengapakah bongkah-bongkah batu ini dibina di atas jajaran ley dan blind springs? Pelik bukan? Professor Charles Hapgood yang membongkar rahsia bongkah batu agam Stonehege dibina.

Menurut teori Watkins mengenai sumber mata air (blind springs) dibina di kawasan bongkah batu(seperti Stonehege) telah disahkan oleh seorang pakar matematik dan jurutera, Alexander Thom pada tahun 1960. Sebagaimana yang dikatakan oleh Alferd Watkins yang menemui fenomena ini berlaku di kawasan bongkah-bongkah batu seperti di Stonehege, Alexander Thom mengatakan bahawa semua lokasi bongkah batu Eropah khususnya di Britain adalah berjajaran dengan fenomena astronomi dan berakhirnya dengan tempat terbit sumber mata air.

Perhatikan semula hadis Nabi mengenai tempat pertemuan manusia dan Dajjal… Kata kunci yang kita dapat di sini ialah sumber mata air. Kenapa dengan sumber mata air? Apa kaitannya dengan perhimpunan gergasi yang dirancang oleh Dajjal?Pernahkah anda mendengar hadis Nabi Muhammad S.A.W. mengenai perihal Dajjal:

Diriwayatkan oleh Ahmad yang diterima dari Asma binti Yazid al ansariah:-

Pada suatu hari, Rasulullah saw datang ke rumahku. Baginda menceritakan perihal Dajjal lalu berkata; Tiga tahun menjelang kedatangan Dajjal akan terjadi kemarau dan saat kekeringan. Pada tahun pertama langit menahan satu pertiga air hujan dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya. Pada tahun kedua langit menahan dua pertiga air hujan sedangkan bumi menahan dua pertiga tumbuhannya. Pada tahun ketiga langit menahan kesemua hujannya, begitu juga bumi menahan kesemua tumbuhannya.

Dajjal ataupun dikenali dalam Illuminati sebagai Lord Maitreya akan menggunakan sumber mata air itu untuk menggoda manusia untuk menerimanya sebagai tuhan bagi agama baru, New World Order Religion. Minta dijauhkan diri ini dan umat Islam daripada fitnah Dajjal Laknatullah!

Mengenai misteri dunia dan kaitannya dengan Dajjal, saya akan mengupas dengan lebih lanjut dalam tajuk Menyingkap Tabir Dunia-Dajjal.

Kita tinggalkan topik misteri Dajjal kerana saya mahu fokus tentang Ashabul Kahfi. Sekumpulan pemuda melarikan diri dan tidak mahu menyertai perhimpunan yang diadakan oleh raja mereka, Raja Diqyanus yang menyuruh mereka menyembah dia sebagai tuhan. Mereka melarikan diri bersama-sama dengan seekor anjing ke gunung dan bersembunyi di dalam Gua Ar-Raqim demi meyelamatkan akidah mereka. Begitu juga perkara yang akan berlaku ketika Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan dan sebahagian daripada manusia yang lain pergi menyelamatkan diri daripada tergoda dengan godaan Dajjal yang begitu hebat. Ini bertepatan dengan hadis Nabi dari Ummu Syarik, dia berkata;
Saya mendengar Rasulullah bersabda: “Sungguh manusia akan berlari dari Dajjal ke gunung-gunung.”
(Riwayat Imam Muslim dari Ummu Syarik)

Jadi kisah Raja Zulqarnain yang adil dan Ashabul Kahfi memang berkait rapat dengan kisah yang bakal berlaku di akhir zaman. Terdapat seorang lelaki yang bakal memerintah dunia dengan adil (Imam al-Mahdi) dan pemuda Ashabul Kahfi (kemungkinan pembantu Imam Mahdi). Siapakah pembantu Imam al-Mahdi ?Jawapannya ialah Pemuda Bani Tamim (al-Mansur ), Pemuda Bani Hasyim dan Haris bin Harras.

Sabda Nabi SAW:

Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaรขI, al-Baihaqi & al-Husin)


Seluruh nusantara mengenali Pemuda Bani Tamim ini dan ada yang tidak. Nama ini tidak semasyhur Mahdi atau Nabi Isa. Walau bagaimanapun, sedikit pengenalan mengenali Pemuda Bani Tamim dan mengelaskan dia sebagai mujaddid sedikit sebanyak akan mewujudkan watak ini. tetapi tahukah anda, sebelum watak ini muncul, satu watak lain harus muncul dahulu? Dalam penyelidikan blogger Free Our Mind, watak ini di panggil the beast atau third anti-christ oleh Notradamus manakala Islam pula mengelarkannya AL-SUFYANI.

No comments:

Post a Comment