Followers

Friday, February 18, 2011

Murtad: Jangan Pandang Sebelah Mat


Sedang saya mencari info-info dan baca-baca, saya
terjumpa satu blog yang menceritakan tentang murtad.
Ia cuma diterangkan secara ringkas sahaja tetapi , bagi
saya mesej yang disampaikan itu cukup mendalam. So,
saya buat keputusan nak share kat sini yang mana saya
just copy paste jer dari Tuan Punya Blog tu ye.

Bermula dari sini:-
Assalamu'alaikum.

Masa on the way balik dari Plaza Damas,kawan baik saya
Fauwaz ceritakan pengalaman dia bergaul dengan orang-
orang tabligh.Masa tu dia sekolah kat SMAS Kajang.Ada
sekumpulan pemuda tabligh dari Afrika 'berkampung'
selama 2 minggu dalam usaha mendidik masyarakat selain
nak sebarkan syiar Islam. Saya dengar cerita tu dengan
penuh minat & rasa syukur sebab masih ada pendakwah-
pendakwah Islam yang sanggup redah kepayahan &
kesusahan demi pastikan agama Allah terus subur kat
mana-mana. Kata Fauwaz lagi,sikap ramah,berbudi
bahasa & merendah diripemuda -pemuda tabligh itu
betul-betul memikat hati penduduk setempat untuk
dalami Islam termasuklah dia sendiri.Bahkan Fauwaz &
kawan-kawan dia digelar'Kajang Kiddo' oleh pemuda-
pemuda tabligh tu.

Saya terus teringat satu cerita tentang pendakwah
Kristian pulak. Antara cara dakwah yang paling menarik
digunakan ialah :-


DATANG KE HOSPITAL & LAWAT PESAKIT

Mubaligh Kristian akan datang ke hospital secara
berkumpulan dengan bawa hadiah,cenderahati & buah
tangan.Pastu kumpulan besar tu akan berpecah kepada
beberapa kumpulan lebih kecik yang terdiri daripada
2-3 orang.Kemudian diorang akan bergerak& mengunjungi
pesakit dengan bawa mesej kasih sayang.Sikapprihatin
& ambik berat diorang memang akan memikat sesiapa
saja lebih-lebih lagi pesakit yang tengah sakit yang dah
tentu rasa sunyi serta perlukan sokongan/dorongan orang
lain.Maka sasaran mubaligh Kristian adalah:

PESAKIT YANG DITINGGALKAN SENDIRI ATAU YANG DITINGGALKAN KELUARGA

Diorang akan datang dengan perasaan penuh simpati &
akan hiburkan pesakit dengan kata-kata perangsang yang memikat.Diorang juga akan bagi duit & bagi kaunseling
kepada pesakit yang ada masalah peribadi.Kepada pesakit
yang kurang iman,memang akan cair sebab lawatan &
kunjungan macam ni dibuat berterusan. Hebatkan??
Info ni bukan saya reka sendiri atau dengar cakap orang
tapi dipetik dari buku 'Murtad:Jangan Pandang
Sebelah Mata'.


Penulis : Ann Wan Seng
Penerbit : Must Read Sdn.Bhd
ISBN : 978-983-44519-1-2
Tel : 03-4142 0611
Harga : RM 21.90 (Semenanjung)
RM 24.90 (Sabah/Sarawak)

Buku ni ditulis oleh Ann Wan Seng yang pernah 'meletup' dengan buku 'Rahsia Bisnes Orang Cina'(sila baca ulasan saya sebelum ni)
Sedikit info tentang beliau selain dipilih sebagai
Tokoh Ma'al Hijrah 2007 ialah:-


Buku ni memang hebat.Jujur & penuh maklumat.
Berani kerana benar!
Dan yang penting ia dilancarkan oleh Mufti Perak,
Dato' Seri Haji Harussani.

Sebelum saya mulakan ulasan,jom kita tanya diri kita sendiri.

1-Betul ke kita ambik kisah pasal murtad dalam masyarakat
kita?


2-Apa yang kita tau tentang undang-undang murtad?


3-Kenapa ramai saudara baru kita yang baru masuk Islam
pastu keluar & kembali pada agama asal?


4-Sedar tak kita tentang gerakan-gerakan Kristian kat
Malaysia yang makin 'galak' menarik umat Islam masuk
Kristian?


Mmm...macam susah kita nak jawab semuanya kan? Tapi
dengan izin Allah mungkin buku ni dapat membantu.
Cuma yang ditekankan oleh penerbit buku ini ialah:-


OK.Jom kita mula dengan jawab soalan pertama tadi.

Betul ke kita ambik kisah pasal murtad dalam
masyarakat kita?

Mufti Perak pernah keluarkan kenyataan,beribu-ribu
orang Melayu dah tukar agama.Tapi ramai yang tak
berdaftar.Cuma kalau ikut rekod berdaftar Jabatan
Pendaftaran Negara:-


Tapi mungkin kita fikir,"Ala..750 orang je..bukannya ramai
pun."
Astagfirullah...Kalau betul kita fikir macam ni,amat malanglah
nasib Islam kat Malaysia sekarang & akan datang.Kita kena ingat,statistik ni hanya sampai 2003 je,bukan 2010.Maknanya sekarang gerenti makin ramai yang murtad.Terpulanglah
pada anda nak percaya atau tak atau nak ambik kisah atau
tak. Mungkin sekarang kita rasa tak kisah sebab belum
kena kat kita.Tapi cuba kita bayangkan tiba-tiba satu hari
adik kita atau kakak kita atau sapa-sapa je ahli keluarga
kita yang tiba-tiba nak keluar Islam & masuk agama lain.
Apa yang kita rasa?

Buku ni juga akan ceritakan kisah Hartina yang masuk
Hindu jadi Nivashiny,Siti Salma masuk Buddha jadi Usha,
kes Nyonya Tahir, kes Lina Joy,kes Muhammad Abdullah
@ M.Moorthy (pendakiGunung Everest) dan banyak lagi
kes-kes yang selama ini disembunyikan dari pengetahuan umum.Semua cerita niadalah cerita benar & agak detail penceritaannya sebab iaberdasarkan rekod-rekod mahkamah bukannya cerita-ceritadari mulut orang.Saya tak dapat
nak tulis semua cerita kat sinisebab nanti panjang sangat.

Soalan ke-2 pulak.
Apa yang kita tau tentang undang-undang murtad?


Hukuman Asal
Dibunuh.Ini berdasarkan kepada hujah & dalil hadith
Nabi SAW yang bermaksud "Sesiapa yang menukar
agamanya (murtad) maka bunuhlah dia." Hukuman
bunuh ini wajib dikenakan kepada semua penjenayah
murtad samada lelaki ataupun perempuan,tua ataupun
muda tanpa sebarang perbezaan.

Hukuman Ganti
Tapi hukuman ganti pun ada dalam Islam.
Ada 2 sebab kenapa hukuman ganti boleh digunakan.


Orang tu dah bertaubat.
Ada kesamaran dalam pertuduhan.


Tapi maaf.Saya tak dapat nak tulis semua huraiannya
kat sini
sebab nanti panjang sangat.

Hukuman kat Malaysia
Kat bawah ni secara ringkas hukuman yang dikenakan:-

Perak :Denda tak lebih RM3000 atau penjara tak lebih
2 tahun atau kedua-duanya sekali.
T'ganu :Denda tak lebih RM3000 atau penjara tak kurang
1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Melaka :Denda tak lebih RM3000 atau penjara 1 tahun
atau kedua-duanya sekali.
Sabah :Denda tak lebih RM2000 atau penjara tak lebih
1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pahang :Denda tak lebih RM5000 atau penjara tak
kurang3 tahun atau kedua-duanya sekali,dan sebat tak
lebih 6 sebatan.Bagi Wilayah Persekutuan,Kedah,Sarawak
& P.Pinang tiada peruntukan maka semua permohonan
murtad ditolak oleh Mahkamah Syari'ah.

Tapi kat Sabah,Kelantan & Melaka orang yang murtad
akan ditahan secara mandatori kat Pusat Pemulihan
Akidah bagi tempoh tertentu. Kalau anda nak tau huraian
tentang akta setiap negeri ni,anda terpaksalah baca buku
ni ya.

Perlembagaan Negara
Yes!! Ini topik paling best bagi saya sebab ia bagi saya
'bimbingan' untuk lebih faham tentang 2 isu yang sedang
kecoh sekarang ni.

Artikel 121 (1a) - Mahkamah Sivil vs Mahkamah
Syari'ah.
Perkara 11 fasal (4)&(5) - Hak Kebebasan Beragama.


Artikel 121 (1a)
Dalam Perlembagaan Persekutuan dah ditetapkan bidang
kuasa Mahkamah Sivil & bidang kuasa Mahkamah Syari'ah
tak boleh mencampuri hal ehwal masing-masing.
Sebenarnya Artikel 121 ni dah dipinda pada 1988,menjadikan
segala urusan yang dah diputuskan oleh Mahkamah Syari'ah,
TAK BOLEH diubah oleh Mahkamah Sivil.Sebabnya sebelum 1988,banyak urusan Mahkamah Syari'ah terganggu sebab
keputusan yang dah diputuskan boleh diubah oleh Mahkamah
sivil.

INILAH YANG ORANG BUKAN ISLAM TAK PAHAM.

Kewujudan Mahkamah Syari'ah LANGSUNG TAK KACAU &
TAK MENGANCAM hak diorang sebab Mahkamah Syari'ah
HANYA MEMBICARAKAN KES ORANG ISLAM SAHAJA
Macam kes M.Moorthy @ Muhammad Abdullah (pendaki
Gunung Everest),
beliau sendiri yang masuk Islam & bukan dipaksa.Jadi
sesiapayang masuk Islam,automatik dia tertakluk dalam
bidang kuasa Mahkamah Syariah lalu jenazahnya mesti
diuruskan dengan cara Islam.Menolak tuntutan isterinya
untuk mengebumikan M.Moorthy @ Muhammad Abdullah
ikut cara Hindu bukannya menolak naluricinta seorang
isteri sebaliknya nak mengiktiraf hak M.Moorthy@
Muhammad Abdullah sebagai Islam.

Hak Kebebasan Beragama
Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin
hak kebebasan beragama.


Fasal(1)"Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti &
mengamalkan agamanya & tertakluk kepada fasal(4) mengembangkan agamanya."

Tapi Perkara 11 ini tetap tertakluk kepada fasal
(4)&(5).

Fasal(4)"Undang-undang Negeri & Persekutuan boleh
mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad
atau kepercayaan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama
antara orang yang menganuti agama Islam."
Fasal(5)"Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa
perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am
mengenai ketenteraman awam,kesihatan awam atau akhlak"

Ada orang berhujah Al-Quran sendiri cakap
'Tiada paksaan dalam agama.Maka bolehlah murtad
&tak payahlah nak hukum orang yang murtad'.

Mmm..memang susah saya nak huraikan semuanya kat sini
sebab takut tersalah huraian.Saya minta sangat anda mencari kefahaman sendiri dari buku ini sebab huraiannya memang
amat memuaskan.

Soalan ke-3 pulak.
Kenapa ramai saudara baru kita yang baru masuk
Islam pastu keluar & kembali pada agama asal?

Buku ini juga berjaya huraikan persoalan ini dengan cemerlang.
Mungkin sebab penulis buku ni lebih paham bangsa & kaumnya
sendiri lalu hujah-hujah yang ditampilkan dalam buku ni lebih
meyakinkan.Saya amat setuju dengan pendapat beliau.
Macamana saudara baru boleh menjadi lebih mukmin kalau
diorang tak diajar beramal dengan Islam? Sebab kebanyakan saudara baru yang masuk Islam akan dibiarkan tanpa usaha
susulan membantu & membimbing diorang.Dan sikap masyarakat kita yang selalu anggap diorang ni macam satu kelompok yang terpisah dari Islam buatkan diorang sentiasa rasa terpinggir.
Kita pun selalu bagi macam-macam gelaran,panggilan & istilah
kat diorang semata-mata nak bezakan diorang dengan umat
Islam yang lain.Ini sebenarnya buatkandiorang rasa rendah
diri. Lalu perbezaan macam ni sepatutnya tak patut wujud
sebab ia bertentangan dengan konsep persaudaraan Islam.
Macamlah Islam kita ni bagus sangat.Amalan Islam kita pun
tunggang langgang.

Soalan ke-4 pulak.
Sedar tak kita tentang gerakan-gerakan Kristian
kat Malaysia yang makin 'galak' menarik umat
Islam masuk Kristian?

Kita kena akui organisasi & gerakan dakwah kita masih jauh ketinggalan berbanding gerakan Kristian yang LEBIH
TERSUSUN & ADVANCE!
Kemampuan diorang sepatutnya dicemburui oleh para
pendakwah kita.Mubaligh Kristian dah berjaya letak batu
asas yang kukuhdalam bidang pendidikan,kebajikan,
kebudayaan & ekonomi. Tu pasal agama Kristian berkembang dengan cepat dikalangan orang Cina & Orang Asli.Dan diorang
tak lagi sibuk berdakwah kat Sabah & Sarawak sebab misi kat
sana dah berjaya.Sekarang dakwah diorang dah berleluasa kat Semenanjung!

Anda juga akan baca satu kisah sebuah kampung orang Islam
bernama Kelpu di Ponorogo,Jawa Timur telah bertukar jadi
kampung Katolik hasil perancangan yang sungguh sistematik!

Kalau pendakwah Kristian sanggup redah hutan & tinggal
bertahun-tahun dalam kawasan pendalaman & hutan belantara,
kenapa para pendakwah kita tak sanggup buat macamtu?

Kalau pendakwah Kristian dapat tonjolkan akhlak & sifat
lemah lembut masa berdakwah,kenapa para ulama',ustaz & pendakwah kita tak boleh bersikap pemurah & mengasihani?

Bak kata Nabil, "Lu pikirla sendiri!"
Semoga buku ini boleh membuka minda umat Islam kat
Malaysia agar sentiasa peka,bersikap waspada & seterusnya babitkan diri secara langsung atau tak langsung dalam hadapi ancaman murtad ini.

"...Barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya lalu dia
mati dalam kekafiran,maka mereka itulah yang sia-sia amalannya
didunia & diakhirat & mereka itulah penghuni neraka,mereka kekal didalamnya."
(Al-Baqoroh:217)


No comments:

Post a Comment