Followers

Tuesday, March 15, 2011

CINTA 'SMART TAG' BAWA BENCANA!!

Macamana saya rasa? bercampur baur.. marah, sakit hati, kesal, geram, simpati semua bercampur baur bergulung dalam relung rasa.nak menitis air mata...beginilah manusia yang Allah swt beri peluang hidup. melayan benih sendiri. atas usaha sendiri. bukan tak ada otak+akal untuk berfikir, tapi nafsu melonjak dan berpintal- pintal minta dileraikan dengan nikmat yang ada waktunya sesingkat 3 minit muntahan lahar yang menyebabkan terpaksa digendung kehulur hilir dalam masa 9 bulan!!

Rasanya kita semua dah pernah lihat gambar-gambar ini, cuma sekali lagi ingin saya kongsikan disini. Sayang ini sekadar sedap dibibir enak ditelinga dan nikmat diantara pusat dan dua lutut sahaja. lepas dari itu.. inilah kesudahannya.. jadi ingatlah. usah sesekali mencari sayang jenis ini. 

Satu detik, bila keinsafan dan hidayah telah menapak dihati, kalian akan dihantui kekesalan dan rasa berdosa seumur hidup. Jadi sebelum terlewat.. tinggalkanlah 'kasih sayang smart tag' ini..!!!








 

*********
Pengguguran anak di Singapura..Just to share reality dunia skrg. Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan...

Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan( gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.  Krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini. Namun tidak mendapat utk tayangan dari pihak atasan.


Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital-hospital tersebut.


 

 

 
 
 
 

oleh : Ummi

1 comment:

  1. tak sanggup lagi aQueen nk tgk.. sedih sangat!!

    ReplyDelete