Followers

Wednesday, April 6, 2011

Tragedi sedih gadis Minangkabau di murtadkan

 

KHAIRIAH ENNISWATI, 17, atau lebih mesra dengan panggilan Wawah adalah seorang gadis manis yang bersopan santun dan sentiasa bertudung apabila keluar rumah.
 
Ketika tragedi itu  berlaku, Wawah adalah pelajar di Madrasah Aliyah Negeri (MAN) 2, Gunung Pangilung, Padang, Sumatera, Indonesia.
 
Tragedi gadis rupawan ini diculik, diperkosa dan dipaksa keluar agama (dimurtadkan) telah menggemparkan masyarakat Minang yang sememangnya diakui tebal keIslamannya.
 
Di tanah Minang itu, ketaatan penganut Islam dapat digambarkan melalui kata kata: ‘Adat bersendikan syarak. Syarak bersendiakn kitabullah’. Kerana itu jarang mendengar orang Minang meninggalkan agama Islam.
 
Namun dalam satu kajian rahsia yang dilaporkan oleh akhbar republika tidak lama dulu, tercatat 500 orang Minang telah bertukar agama, ke Kristian.
 
Mengenai Wawah, ianya merupakan kes yang unik. Tragedi yang berlaku terhadap gadis malang ini telah berlalu selama setahun, tetapi pada pertengahan 1999 lalu ianya dibangkitkan kembali di Mahkamah Negeri Padang.
 
Umat Islam khususnya para pelajar dan mahasiswa muslim menghangatkan kes ini dengan mengadakan tunjuk perasaan secara aman memberi sokongan moral kepada Wawah.
 
Awal Tragedi
 
Peristiwa mengharukan ini berlaku awal Mac 1998. Wawah yang berasal dari Sumatera utara itu tinggal bersama kakaknya Wardah, Mahasiswa Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Imam Bonjol, Padang. Sementara ibu bapa mereka menetap dan bekerja di Bengkulu sebagai pensyarah di IAIN.
 
Sebanarnya, bapa saudara mereka berdua tinggal di Balaibaru, Padang tidak jauh dari kampus IAIN. Namun dengan alasan untuk berdikari, kedua beradik ini tidak menumpang tinggal bersama bapa saudara.
 
Pada suatu hari dalam bulan Mac 1998 itu, Wawah yang biasanya ke sekolah mengunakan bas kota (angkut) berkenalan dengan seorang gadis bertudung, Lia namanya. Orangnya manis, semanis Wawah dan peramah pula orangnya.
 
Pada keesoknya. Lia bertemu lagi dengan Wawah di atas kenderaan bas yang sama.  Hari hari berikutnya mereka mulai mesra dan terus bertemu. Keakraban segera terjalin, makluimlah mereka sama sama gadis berjilbab.
 
Ternyata Lia musang berbulu ayam. Dia sebenarnya penganut agama Kristian Protestan. Ini disedari setelah pada suatu hari Lia datang ke rumah sewa Wawah. Ketika itu, Wardah tidak ada dirumah kerana mengikuti kulian di IAIN.
 
Di situlah Lia mendedahkan identitinya sebagai Kristian. Dia juga menggambarkan betapa indahnya menghayati Protestan. Dan di juga tidak segan silu mendedahkan perhubungan seks yang tentunya nagi gadis seperti Wawah sesuatu yang asing dan memalukan.
 
Lia musang berbulu ayam ini tanpa segan silu mengajak Wawah bertukar agama yang sudah tentunya ditolak mentah mentah oleh Wawah.  Sejak itu meteka tidak bertemu lagi.  Wawah juga turut mengunci mulutnya tanpa memberitahu sesiapa mengenai Lia, termasuklah kepada pengetahuan kakaknya. Wawah di cengkam rasa takut dan ngeri.
 
Di murtadkan
 
Beberapa bulan ke,mudian, Lia datang lagi. Dan kebetulan juga, Wardah tidak berada di rumah. Kali ini tidak lagi bercerita pasal agama dan seks. Dia menceritakan apa apa saja yang indah dan menarik.
 
Akhirnya dia memujuk Wawah untuk ikut bersama sama berjalan keliling kota.  Wawah mulanya enggan, tapi entah macamana, bagai ada syaitan yang merasuk, gadis malang ini kemudiannya bersetuju.
 
Mereka berdua menghabiskan waktu mengelilingi Kota Padang.  Setelah selesai, Wawah diajak ke satu tempat.  Itulah gereja Protestan, jalan Bagindo Aziz Chan, Padang.
 
Disitulah, sebagaimana yang diceritakan kemudian oleh bapa saudara Wawah, Abu Samah, kedatangan Wawah telah ditunggu oleh puluhan orang dan seorang paderi bernama Willy.
 
Diringkaskan cerita, Wawah telah dipaksa membuka tudungnya, dipaksa menuju altar. Lalu dipaksa masuk Kristian, kandati pun gadis menangis dan meronta.
 
Bagi Wawah, tidak pernah terlintas dalam khayalan atau mimpinya untuk dipaksa mengakui Tuhan lain selain dari Allah s.w.t.
 
Pemaksaan pertama itu selesai. Kini Wawah, diserahkan kepada Salmon, seorang ahli gereja yang  bekerja di PDAM Padang.
 
Wawah dipaksa tinggal dirumah Salmon di kawasan Teluk bayur, Padang.
 
Wawah ditemani Lisa Zuriana, isteri Salmon. Lisa adalah berasal dari tengah Sawah, Bukit Tinggi, asli minangkabau  yang kini memeluk Kristian.
 
Lisa merupakan Bendahari Persatuan Kristian Protestan, Sumatera barat  (PKPSB). Pertubuhan ini menaugi sekitar 500 orang Minang yang sudah dikristiankan sejak lima tahun kebelakangan.
 
Dilaporkan seramai 93 orang di antaranya bergerak di Sumbar, sementara bakinya di rantau. Jumlah 500 orang itu, belum termasuk yang sudah dkristiankan sejak 10 tahun atau 15 tahun dahulu.
 
Pertubuhan ini ketuanya ialah Yanuardi Koto, orang Lubuk Basung, Agam yang memang  asalnya keturunan Minang.
 
Sejak bersama sama keluarga Salmon, Wawah dipaksa dan diasak dengan ajaran ajaran Kristian. Selama satu bulan, Wawah di kurung. Kemudian ketika suasana sudah agak tenang, Wawah diajak makan makan ke restoran dan temapt tempat pelancongan.
 
Anehnya, kenapa wawah tidak memberontak? Ternyata Salmon telah memberikan ancaman akan membunuh keluarga Wawah andai dia melaporkan kepada pihak keselamatan.
 
Satu persoalan  timbul, mengapa Wawah diserahkan kepada  tangan Salmon? Sebagai pegawai PDAM Padang, Salmon sering ke Gunug Pangilun, sebab di sana ada kolam penampung air PDAM untuk keperluan penduduk kota.
 
Untuk sampai ke kolam air berkenaan, Salmon pasti melalui Madrasah Aliyah Negeri (MAN) 2 Gunung Pangilun.
 
Kuat dugaan menyatakan bahawa Salmon yang memerangkap Wawah sejak awal, dan kemudian mengunakan Lia dan setelah berhasil, Wawah diserahkan ke tangan Salmon.
 
Diperkosa
 
Satu ketika, Salmon tinggal bersendirian tanpa isterinya. Entah syaitan apa yang telah merasukinya, dia mencerobohi bilik Wawah dan memaksa Wawah memenuhi nafsu serakahnya.
 
Di bawah ancaman, Wawah di perkosa oleh Salmon tanpa memperdulikan air mata wawah yang bercucuran. Dua kali dia melakukan perbuatan terkutuk itu.
 
Akibat dari itu, Wawah merana hidupnya dan mukanya pucat lesi.  Hari demi hari hidupnya dihabiskan dengan keadaan lesu dan mengelamun.  Sementara keluarga Wawah di Padang telah membuat laporan polis tentang kehilangannya.
 
Dalam pada oitu, bagi menutupi kehilangan Wawah, Salmon dengan anjuran pihak gereja telah menggantikan nama Khairiah Enniswati dengan nama Indah Fitria. Kemudian dengan memakai ijazah palsu dari SMP 4 Muaro Bungo, Jambi, Wawah dipersekolahkan ke SMU Kalam Kudus, kepunyaan Yayasan Prayoga Padang.
 
Keberadaan Wawah di sana sentiasa diawasi oleh Lisa sepanjang hari.  Tetapi suatu hari, Wawah terlihat oleh teman temannya dari Madrasah Aliyah Negeri (MAN) 2. Mereka segera  melaporkan kepada bapa  saudara Wawah, Abu Samah.
 
Abu Samah segera membuat pemeriksaan kehadiran Wawah ke sekolah berkenaan, namun pihak sekolah berjaya mengelak dengan menyebut bahawa tidak ada nama ‘Khairiah Enniswati’ yang menuntut disitu. Abu Samah melangkah pulang dengan kecewa.
 
Kerana bimbang kehadiran Wawah di sekolah itu telah dapat dicium oleh keluarga Wawah, gadis malang ini kemudian dipindahkan pula ke sebuah sekolah Kristian di Malang, Jawa Timur.
 
Terbongkar
 
Namun pihak polis telah dapat mencium jejak Wawah. Robert, ketua SMU Kalm Kudus yang melindungi penculikan Wawah diperiksa pihak polis.   Melalui pengakuannya pihak polis berjaya menyelamatkan Wawah dari jawa Timur serta membawanya pulang ke Padang.
 
Di Padang, Wawah disambut tangis dan pekik histeria dan kesyukuran dari kaum keluarganya.  Wawah mencucurkan air mata tak henti henti.  Wawah kemudiannya di bawa oleh ayahnya ke Bengkulu dan di sana anak kesayangan itu di Islamkan semula.
 
Berakhirlah satu babak tragedi dalam hidup seorang gadi manis   bernama Wawah. Sejak perisstiwa itu, Wawah lebih senang menyendiri dan menghabiskan masanya dengan beribadat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
 
Namun setahun selepas peristiwa hitam itu, kes Wawah belum selesai lagi di Pengadilan Negeri padang.  Masyarakat Islam di sana mahukan mereka yang terlibat menculik, memperkosa dan memurtadkan wawah dihukum setimpal.
 
Pihak gereja berlepaps tangan. Yang mendakwa hanya melibatkan Salmon dan isterinya.  Sementara, Lia, gadis berpura pura berjilbab itu entah hilang kemana. Paderi Willy pula menurut seorang saksi kini berada di Amerika Syarikat.
 
Tragedi yang berlaku terhadap Wawah itu bagaimanapun ada hikmahnya.  Ianya menyedarkan masyarakat Islam khususnya Minang agar lebih berwaspada dengan musuh Islam yang sentiasa mengambil kesempatan memesongkan akidah umat Islam. (Sumber: Republika)
 
HIDAYAH. Januari 2000
 
Link berkaitan
 
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>> 
** catatan
  w@gim@n** 
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh:  Penulis:  SAIFUL ISLAM Terbitan asal: HIDAYAH  Januari 2000 
url artikel:
 http://grenbara.bravejournal.com/entry/22165    2006 - 2007 ® Hak cipta Selebet International ™

No comments:

Post a Comment